Suami masakkan semasa berpantang dulu. Masakan ala Cina.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Stir Fried Black Pepper Beef
Suami masakkan semasa berpantang dulu. Masakan ala Cina.
BAHAN-BAHAN
- 200g daging batang pinang – potong nipis
- 2 sudu teh lada hitam – tumbuk kasar
- 1 inci halia – potong memanjang
- 3 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap
- 1/2 sudu teh gula
- 1 labu bawang besar – potong bulat
- 1 sudu teh tepung jagung
- Air
CARA PENYEDIAAN
- Perap daging dengan lada hitam dan gula.
- Panaskan 2 sudu minyak dalam kuali. Masukkan halia. Kacau.
- Masukkan daging yang diperap tadi. Kacau sehingga daging masak.
- Masukkan pula sos tiram dengan sedikit air. Masukkan kicap. Tunggu sehingga daging empuk.
- Kacau tepung jagung dengan air. Tuang bancuhan dalam kuali. Kacau.
- Masukkan hirisan bawang. Tutup api dan angkat untuk dihidang.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.