Cara yang mudah. Hasil yang menyelerakan.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Spaghetti Goreng

Cara yang mudah. Hasil yang menyelerakan.

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 peket spageti
  • 3 biji bawang putih (cincang)
  • 1 biji telur
  • Keju parmesan (serbuk)
  • Daging (hiris halus tapi bukan cincang) – ikut berapa banyak yang anda suka
  • Sayuran campur/jagung biji – mana-mana suka
  • Daun parsli (cincang)
  • Lada hitam (tumbuk/serbuk)
  • Minyak masak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Macam biasa, spageti tu masak dulu (rebus ikut berapa lama masa yang diperlukan).
  • Sementara tu, boleh sediakan bahan-bahan yang diperlukan.
  • Panaskan minyak. Tumis bawang putih yang sudah dicincang sampai naik bau.
  • Masukkan daging. Biarkan sampai daging tu masak.
  • Pastu masukkan sayuran campur/jagung.
  • Kemudian, masukkan spageti yang sudah dimasak dan sudah ditoskan (kira macam nak goerng mi la).
  • Kacau sampai sebati. Kemudian masukkan sebiji telur dan keju. Ikut suka berapa banyak nak letak keju tu. Kacau lagi.
  • Akhir sekali, masukkan daun parsli. Kacau lagi.
  • Bila agak-agak masak, hidangkan panas dan letak serbuk lada hitam. Terpulang kepada individu berapa banyak nak letak.
  • * Kalau budak-budak hendak makan, tak perlu letak lada hitam.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN