Sedap dan senang sangat – yang penting tiada pengawet! Kalau ada jeruk ni memang susah saya, sebab susah nak berhenti!
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Jeruk Kedondong
Sedap dan senang sangat – yang penting tiada pengawet! Kalau ada jeruk ni memang susah saya, sebab susah nak berhenti!
BAHAN-BAHAN
- 50 biji kedondong (boleh tukar kepada buah lain seperti mangga muda, cermai atau apa-apa buah yang anda hendak jerukkan)
- 1/2 cawan garam kasar – larutkan dalam 2 liter air (tak larut sangat pun tak mengapa, masa merendam buah nanti larut la garam tu)
- 1 cawan gula pasir
- 1/2 keping gula kabung (boleh ganti dengan 2 sudu besar gula melaka atau gula merah – tak letak pun tak apa)
- 4 biji cili padi (jika suka – saya suka ada rasa pedas sikit)
- 2 liter air untuk air gula
- 1 sudu kecil garam halus atau secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
- Kupas, basuh dan toskan buah kedondong – rendam dalam air garam semalaman.
- Bilas buah kedondong dan toskan.
- Masak air – masukkan gula pasir, gula kabung dan garam halus. Akhir sekali, masukkan cili padi.
- Bila air gula dah sejuk, tuangkan ke dalam bekas buah kedondong. Biasanya saya masak air gula ni 3 jam sebelum langkah no.2 supaya bila mana sahaja kita dah siap tos buah, air gula pun dah cukup sejuk.
- Simpan dalam peti sejuk – seelok-eloknya biarkan 2 hari baru dinikmati.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.