Ringkas tapi sedap. Kalau demam dan tekak meragam, memang sesuai.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Singgang Sotong

Ringkas tapi sedap. Kalau demam dan tekak meragam, memang sesuai.

BAHAN-BAHAN

  • 500g sotong sederhana besar, cabut kepala dan bersihkan, jangan potong
  • 4 biji bawang merah kecil, dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 inci halia, diketuk
  • 1/2 camca teh serbuk kunyit
  • Asam jawa sebesar ibu jari, bancuh dengan 1/2 cawan air, ramas dan tapis jusnya
  • 1 kiub pati ikan bilis Maggi
  • 2 batang kucai, dikerat-kerat satu inci panjang
  • 2 biji cili merah, dibelah dua tak putus
  • Garam dan serbuk perasa (jika suka)
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan kurang lebih 2 camca makan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang merah hiris, bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan serbuk kunyit dan juga air (kurang lebih 500ml, atau ikut suka).
  • Masukkan kiub ikan bilis dan potongan kucai. Biar mendidih baru masukkan sotong, cili belah dan jus asam jawa. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa (jika suka). Biar mendidih sekejap dan matikan api. Boleh dihidangkan bersama nasi hangat dan sambal belacan serta ulaman.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN