Resipi emak.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cucur Udang Kuah Kacang

Resipi emak.

BAHAN-BAHAN

  • 500 gram tepung gandum
  • 20 ekor udang besar (boleh lebih atau kurang – buang kepala sahaja)
  • 1 mangkuk kecil tauge
  • 1 mangkuk kecil daun kucai (potong 1 inci)
  • 1 biji telur
  • 1 biji cili merah (hiris halus)
  • 2 biji bawang merah (racik halus)
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 sudu teh gula
  • Sedikit kunyit
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
  • Kuah Kacang:
  • 2 cawan kacang (goreng dengan minyak tanpa buang kulit hingga masak)
  • 6 sudu besar cili boh (boleh lebih atau kurangkan)
  • 1 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit air asam jawa
  • Air secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan tepung, udang, tauge, kucai, telur, cili merah, bawang merah, garam, gula dan kunyit ke dalam satu mangkuk besar. Tambahkan air hingga adunan menjadi boleh dijemput. Jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
  • Panaskan minyak. Jemputkan adunan ke dalam minyak yang betul-betul panas. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan hidang dalam pinggan.
  • Masukkan semua bahan kuah dalam pengisar dan kisar kasar bahan ini. Jangan sampai halus.
  • Masak bahan kisaran ini di atas api sederhana hingga pekat. Angkat dan hidangkan dengan cucur udang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN