Muffin dengan campuran aiskrim Milo dan kekacang…ikut citarasa sendiri.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mixed Nuts Muffin

Muffin dengan campuran aiskrim Milo dan kekacang…ikut citarasa sendiri.

BAHAN-BAHAN

  • 140 gm tepung gandum
  • 100 gm mentega dicairkan
  • 1 kotak aiskrim (105 ml) dicairkan pada suhu bilik (bila cair dapat 1/3 cawan)
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 biji telur
  • 1/4 cawan campuran kekacang
  • 1 1/2 sudu teh serbuk penaik
CARA PENYEDIAAN
  • Ayak tepung dengan serbuk penaik.
  • Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan mentega cair. Masukkan aiskrim. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis.
  • Ini adalah aiskrim yang saya gunakan. Boleh tukar dengan apa-apa aiskrim yang digemari.
  • Masukkan pula campuran kekacang. Saya gunakan badam, kismis, walnut, biji matahari dan kuaci.
  • Masukkan ke dalam cawan muffin dan bakar dalam oven yang dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit.
  • Jika suka, boleh paipkan coklat masakan campur sedikit krim putar. Atau cara yang lebih mudah, beli saja coklat “Choki Choki”; gunting sedikit plastiknya dan paipkan ke atas muffin.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN