udang butter bawang putih

Tiada idea nak masak apa menggunakan udang? Kalau dah bosan asyik masak udang kunyit dan udang celup tepung je, apa kata kali ini jom cuba Resipi Udang Butter Bawang Putih ini pula.

Guna bahan mudah dan cara memasaknya juga sangat senang, tapi rasa dia lazat yang amat! Wajib buat kalau nak tahu macam mana rasa dia.

Ikut saja cara-cara penyediaannya di bawah. Resipi hasil perkongsian oleh Shidah Daud. Selamat mencuba!

Cara Buat Udang Butter Bawang Putih

Bahan-bahan:

  • Udang
  • Butter
  • Garam
  • Chili flakes
  • Lada hitam
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili kering
  • Cili hijau
  • Daun kari
  • Daun ketumbar
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Jus perahan lemon
  • Susu cair
  • Cheddar cheese

Cara-cara:

1. Gaul udang dengan sedikit garam, chili flakes dan serbuk lada hitam. Masak sekejap dengan butter sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.

udang butter bawang putih

2. Tumis 1 biji bawang merah, 4 ulas bawang putih, 3 tangkai cili kering, 5 biji cili hojau, daun kari dan sedikit daun ketumbar.

3. Masukkan juga sedikit serbuk kunyit dan perahan jus lemon.

4. Tuangkan sedikit susu cair secukupnya.

udang butter bawang putih

5. Kemudian masukkan udang yang separuh masak tadi.

udang butter bawang putih

6. Akhir sekali, masukkan 1 keping cheese cheddar. Kacau rata.

7. Siap, selamat mencuba!

Kredit: Shidah Daud

Baca juga: Resipi Udang Masak Sos Yang Ringkas & Sedap, Sekejap Je Dah Siap Masak!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN