Sesuai untuk sebarang masa, sedap, ringkas dan unik!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Kastad

Sesuai untuk sebarang masa, sedap, ringkas dan unik!

BAHAN-BAHAN

  • Kastad: 2 sudu besar tepung/serbuk kastad
  • 2 sudu kecil gula halus
  • 175 ml susu segar sejuk
  • 1 1/2 sudu kecil esen vanila
  • Kek: 100g gula halus
  • 100g mentega
  • 2 biji telur
  • 60 ml susu segar
  • 100g tepung serbaguna
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 50g tepung/serbuk kastad
CARA PENYEDIAAN
  • Sediakan kastad: Campurkan susu dengan tepung kastad dalam periuk. Panaskan atas api dapur dan sentiasa kacau hingga ia membeku. Bila dah beku & masak, tutup api dan angkat dari dapur, terus masukkan esen vanila & kacau lagi supaya sebati vanila dan kastad. Sejukkan kastad tu dulu.
  • Pukul mentega & gula sampai berkrim. Kemudian tambah telur dan susu, pukul sampai sebati.
  • Ayak bersama tepung, serbuk penaik, garam & tepung kastad. Masukkan campuran ini ke dalam adunan mentega tadi. Kacau dengan spatula sampai sebati.
  • Sediakan loyang kek yang tepinya dialas dengan kertas masakan dan diglis. Separuh adunan diletak dahulu dalam loyang, ratakan. Kemudian ambil kastad yang telah sejuk sikit tadi, kacau sedikit supaya tak berbuku kemudian sapukan atas lapisan adunan kek. Buat di tengah-tengah sahaja (iaitu sapukan bentuk bulatan) yang kecil sedikit dari saiz kek.
  • Kemudian masukkan baki adunan kek tadi dalam loyang. Pastikan ianya menutupi kastad. Ratakan bahagian atas.
  • Bakar kek hingga masak. Suhu ikut kebiasaan oven masing-masing.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN