Dari buku masakan Sedapnyaaa (Chef Wan), tapi telah diolah sedikit. Memang sedap makan dengan nasi hangat.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Thai Green Curry

Dari buku masakan Sedapnyaaa (Chef Wan), tapi telah diolah sedikit. Memang sedap makan dengan nasi hangat.

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam, potong ikut suka, perap dengan asam limau dan garam, cuci bersih dan toskan
  • 300 ml pati santan
  • 1- 2 cawan terung pipit
  • 15 biji cili padi Thai, belah dua
  • 4 – 5 tangkai daun selasih (Thai basil)
  • Bahan Kisar Halus (Rempah):
  • 10 biji cili hijau
  • 1 biji bawang besar
  • 6 biji bawang merah kecil
  • 2 inci halia
  • 3 pokok ketumbar, dicuci bersih dengan akar sekali
  • 2 batang serai
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 inci belacan
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 camca besar ketumbar biji
  • 2 camca besar jintan kasar biji
  • 1 camca teh lada putih biji
  • 1 camca teh serbuk kunyit
  • Bahan Lain:
  • Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
  • 3 biji limau kasturi, diambil jusnya
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dalam periuk (kurang lebih 1/2 cawan). Tumis bahan-bahan rempah hingga wangi dan pecah minyak, gunakan api sederhana.
  • Masukkan ayam dan gaul rata bersama rempah tadi, biar ayam kecut sedikit dan masukkan air (kurang lebih 700ml). Renihkan hingga ayam 3/4 empuk, masukkan terung pipit. Masukkan pati santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  • Akhir sekali masukkan cili padi, daun selasih dan jus limau kasturi tadi. Kacau perlahan-lahan hingga hingga kuah agak pekat dan boleh dihidangkan. Gambar: Rupa terung pipit yang diguna dalam resipi ni.
  • Yang ni pulak gambar pokok terung pipit tu. Tengah gila berbuah sekarang ni =)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN