Acar ringkas yang selalu saya buat.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Acar Darat

Acar ringkas yang selalu saya buat.

BAHAN-BAHAN

  • 2 biji timun, dikerat 3 – 4 bahagian, buang empulur dan potong macam batang mancis
  • 2 biji lobak merah, dikerat 3 – 4 bahagian dan potong macam batang mancis
  • 3 biji cili merah, kerat dua, buang biji dan potong macam batang mancis
  • 2 biji bawang besar, dipotong berbaji
  • Bahan Tumis:
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 camca teh biji sawi
  • Bahan Lain:
  • 5 ulas bawang putih, belah dua
  • 1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk separuh lumat
  • 1/3 cawan cuka makan
  • 1 inci halia muda, dimayang halus
  • Garam dan gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Dalam bekas berasingan, gaul timun dan lobak merah dengan serbuk kunyit dan garam (kurang lebih 1 camca teh untuk timun dan lobak) toskan dalam tapis.
  • Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumis hingga wangi, masukan belahan bawang putih, udang kering dan halia. Masukkan cuka dan kecilkan api. Masukkan gula (kurang lebih 3 – 4 camca besar) dan masak hingga pekat.
  • Masukkan cili, belahan bawang besar dan lobak merah. Masak hingga lobak merah separuh masak. Masukkan timun dan gaul rata. Bila timun sedikit lembut boleh lah matikan api. Rasa garamnya. Selalu acar memang sedikit manis, masam, masin dan sayurnya masih rangup.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN