Resipi mama.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kerutuk Ayam Freshie

Resipi mama.

BAHAN-BAHAN

  • 6-7 ketul ayam (saya guna kepak)
  • 3 cawan santan
  • Beberapa biji kentang (sebiji kentang dibahagi 8)
  • 2 1/2 sudu besar rempah kerutuk (dicampur air sedikit)
  • 1 keping asam gelugor
  • Bahan Menumis:
  • # 2 ulas bawang putih
  • # 1 cm halia
  • # 1 biji bawang besar
  • 5 biji bunga cengkih
  • 1 biji bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 2 sudu besar minyak
  • Garam dan gula seucukp rasa
  • **Semua bahan bertanda # perlu dihiris nipis sebelum ditumis
CARA PENYEDIAAN
  • Sediakan bahan.
  • Panaskan minyak, tumiskan rempah ratus (bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis). Tumiskan sampai naik bau wangi.
  • Masukkan halia, tumis hingga hampir garing. Kemudian, masukkan bawang putih dan sejemput bawang besar. Tumiskan tapi jangan terlampau garing.
  • Masukkan rempah kerutuk. Gaul sebati dengan tumisan tadi.
  • Masukkan ayam dan kentang, gaulkan dengan bahan-bahan dalam periuk tadi, hingga sebati. Bila nampak bahan tumisan agak kering, tutup sebentar (guna penutup periuk) – supaya air dari ayam keluar.
  • Kemudian, masukkan asam gelugor dan lebihan bawang besar. Gaul sebati dengan ayam.
  • Bila sebati, masukkan santan dan kacau sentiasa – untuk elakkan santan ‘pecah’. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga ayam dan kentang empuk. Kacau perlahan-lahan.
  • Boleh hidangkan dengan nasi putih. Cicah dengan roti pun sedap jugak!
  • Selamat mencuba!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN