Resipi pengenalan kepada daging untuk bayi anda (8 bulan ke atas) dengan nasihat doktor.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Baby Plate

Resipi pengenalan kepada daging untuk bayi anda (8 bulan ke atas) dengan nasihat doktor.

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 cawan daging lembu (direbus hingga empuk dan dipotong nipis)
  • 1 biji kentang
  • 1/4 cawan kacang pis tanpa kulit
  • Sedikit lobak merah
  • Sedikit saderi
  • 1/4 cawan makaroni
  • Air
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan makaroni dalam air dan masak hingga lembut. Biarkan atas api yang kecil.
  • Potong sayuran kecil-kecil dan masukkan ke dalam makaroni tadi. Tambahkan air jika perlu. Masukkan daging. Biarkan seketika di atas api.
  • Angkat dan toskan air rebusan. Jangan buang air rebusan. Gunakan ia untuk mengisar isi rebusan tadi sebelum diberikan kepada bayi anda.
  • Untuk orang dewasa atau kanak-kanak bolehlah ditambahkan garam dan kuib daging. Tidak perlu dikisar untuk hidangan dewasa.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN