Rupanya ada cara mudah dan cepat untuk masak pulut kuning. Kalau dah tak sabar-sabar nak makan dengan rendang, boleh ikut cara ini,
Tak perlu susah-susah rendam pulut, santan yang digunakan juga masih beku. Tapi pulut kuning tetap cantik dan menjadi.
Nak tahu caranya? Jom lihat perkongsian oleh Mulia Nis di bawah. Semoga bermanfaat!
Cara Masak Pulut Kuning Cara & Cepat
Bahan-bahan:
- Pulut
- Garam
- Kunyit
- Santan
Cara-cara:
1. Cuci pulut. Masukkan air mengikut paras pulut.
2. Masukkan santan. Tambah garam dan kunyit.
3. Masukkan dalam pengukus dan kukus sampai masak.
4. Kacau pulut biar santan sekata.
5. Bila dah masak, siap untuk dihidang.
Selamat mencuba!
Kredit: Mulia Nis