Resipi tok nenek moyang saya, turun-temurun.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Daging Dan Air Asam Kerisik

Resipi tok nenek moyang saya, turun-temurun.

BAHAN-BAHAN

  • 2 pot beras dan minyak untuk tumis
  • 1/2 kg daging
  • 3 labu bawang besar
  • 1 labu (sederhana) bawang putih
  • 7 cm halia
  • 2.5 pot air (rebus daging)
  • Air Asam Kerisik:
  • Kerisik (yang dalam harga RM0.50 – bahagikan 2)
  • Bawang besar (potong nipis)
  • 1 inci belacan (bakar)
  • Cili padi (dipotong)
  • 2 biji tomato (belah 4)
  • Air perahan limau nipis
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar bawang besar, bawang putih dan halia.
  • Rebus daging yang telah dipotong nipis dengan bahan kisar tadi sehingga daging empuk.
  • Tumis sedikit bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris dalam periuk nasi sehingga kekuningan.
  • Kemudian masukkan beras yang telah dibasuh dan tos ke dalam periuk nasi dan masukkan air rebusan daging bersama daging. (Agak-agak masukkan air rebusan daging macam sukatan air kalau masak nasi). Masuk garam secukup rasa.
  • UNTUK AIR ASAM KERISEK
  • Air Asam Kerisik: semua bahan air asam dicampur dan tambah sedikit air kalau nakkan berkuah dan masukkan garam dan Ajinomoto secukup rasa.
  • Nasi yang telah siap masak boleh ditabur dengan bawang goreng. Daging dalam nasi dicicah dengan air asam.

    Selamat mencuba!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN