Sandwich telur sentiasa menjadi kegemaran ramai tak kira masa. Simple tapi sedap dan mengenyangkan.
Kalau nak lagi sedap, kena letak satu bahan rahsia yang ramai tak tahu iaitu letak bawang karamel seperti yang dikongsikan oleh penjual sandwich, Suraya Yaacob di bawah.
Menurutnya, inilah rahsia yang digilai orang pelanggannya sehingga ada pelanggan sama yang membeli hampir setiap hari. Kalau ada yang nak cuba buat untuk makan sendiri atau sebagai jualan, lihat saja resipi di bawah.
Rahsia Sandwich Telur Yang Sedap Menjilat Jari
Bahan-bahan:
- 1 buku roti
- 7 biji telur rebus
- 4 sudu besar mayonis
- 2 sudu bawang karamel (resipi di bawah)
- Daun bawang
Bahan-bahan bawang karamel:
- 1 biji bawang
- 1 sudu teh serbuk oregano
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh garam
- 2 sudu makan minyak masak
Cara-cara:
1. Gaul semua bahan-bahan bawang karamel dan masak atas dapur sampai layu. Angkat dan ketepikan.
2. Lenyekkan telur rebus. Campur bersama mayonis, daun bawang dan juga bawang karamel tadi.
3. Ambil roti dan sapu dengan adunan telur yang sudah digaul rata dengan bawang karamel tadi. Siap!
Resepi ini cukup untuk 1 buku roti panjang dan 1 buku roti pendek. Ngam-ngam dengan 7 biji telur. Kalau suka boleh tambah salad dan tomato.
Kredit: Suraya Yaacod