Resipi daripada seorang teman di Beijing.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Gulungan Manja

Resipi daripada seorang teman di Beijing.

BAHAN-BAHAN

  • 4 keping roti sandwich (buang tepinya)
  • 4 keping kulit popia
  • 200 gram daging kisar
  • 1 bungkus santan serbuk
  • 1 biji kentang (didadu halus)
  • 1/2 biji bawang besar (kisar)
  • 2 ulas bawang putih (kisar)
  • Sedikit campuran cili benggala (merah, kuning, hijau – didadu kecil)
  • 1 sudu besar campuran rempah (rosemary, thyme)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 biji telur (pukul sedikit)
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 100 ml susu segar
  • Garam secukup rasa
  • Sos:
  • 5 sudu besar sos cili
  • 1 sudu kecil cuka
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk halus)
  • Sedikit air
  • Garam dan gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Gaul kesemua bahan di dalam mangkuk kecuali roti dan kulit popia.Masak bahan yang digaul di atas api kecil hingga kering. Jadikan bahan ini sebagai inti.
  • Gelekkan roti hingga nipis. Masukkan inti ke dalam roti dan gulungkan kemas. Lekatkan hujung roti dengan sedikit air.
  • Roti yang telah siap digulung diletakkan pula di atas kulit popia. Kemudian digulung sekali lagi dengan kulit popia. Kemaskan hujung gulungan dengan sedikit putih telur.
  • Goreng hingga keemasan. Bolehlah dihidangkan dengan sos.
  • SOS: Masak semua bahan sos atas api kecil hingga pekat. Boleh dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN