sambal bilis rangup

Mudah sangat rupanya nak buat sambal bilis rangup macam orang jual tu. Wajib ada stok kat rumah, makan dengan apa saja pun sedap.

Puan Noriza Jaja ada berkongsikan rahsia sambal bilis rangup. Beliau tidak menggunakan air sama sekali, sebab itu sambal jadi rangup.

Kalau dah pandai buat, lepasni tak perlu beli lagi. Ikut saja cara membuatnya di bawah. Selamat mencuba!

Resipi Sambal Bilis Rangup

Bahan-bahan:

  • Ikan bilis (basuh & toskan sehingga kering)
  • Bawang kecil (basuh & hiris halus)
  • Bawang putih (hiris)
  • Cili kering (basuh & keringkan)
  • Asam keping
  • Garam
  • Gula
  • Campuran 3 tepung (tepung beras, tepung jagung, tepung gandum/tepung tempura bestari)

Cara-cara:

1. Gaul ikan bilis dengan campuran 3 tepung. Lebihkan tepung beras dari tepung yang lain. Sukatan agak-agak saja.

2. Gaulkan juga bawang kecil, bawang putih dengan campuran 3 tepung tadi.

3. Panaskan api sederhana besar, goreng bawang kecil dan bawang putih terlebih dahulu. Kena kawal api untuk elak hangus. Agak-agak dah garing keperangan boleh angkat dan toskan.

4. Goreng cili kering dalam 2-3 minit atau agak-agak sampai garing tapi jangan sampai hangus. Kemudian kisar cili kering tanpa air.

5. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan tumis cili kering tadi. Masukkan garam, gula dan asam keping. Gula lebihkan sikit. Kacau sampai gula dan garam larut.

6. Kemudian tutup api dan sejukkan sambal. Bila dah sejuk baru masukkan bahan-bahan goreng yang lain tadi dan kacau rata.

Siap untuk dinikmati. Selamat mencuba!

Kredit: Noriza Jaja

Baca juga: Resipi Daging Dengdeng Mudah & Sedap, Sukatan Untuk 1Kg Daging

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN