Resipi ni reka sendiri. Sebenarnya olah resipi makcik gerai dekat dengan umah ni…kemudian guna untuk projek bisnes di kampus. Dapat untung banyak juga, boleh juga ganti inti daging lada hitam tu dengan sambal tumis ikan bilis seperti dalam gambar. Sebenarnya, saya tak buat ikut anggaran. Inti tersebut boleh dapat untuk lebih daripada 20 biji roti goreng. Selamat mencuba =)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Rotilicious (Roti Goreng)

Resipi ni reka sendiri. Sebenarnya olah resipi makcik gerai dekat dengan umah ni…kemudian guna untuk projek bisnes di kampus. Dapat untung banyak juga, boleh juga ganti inti daging lada hitam tu dengan sambal tumis ikan bilis seperti dalam gambar. Sebenarnya, saya tak buat ikut anggaran. Inti tersebut boleh dapat untuk lebih daripada 20 biji roti goreng. Selamat mencuba =)

BAHAN-BAHAN

  • Bahan-bahan inti:
  • 1/2 peket daging cincang Ramly
  • 1 biji bawang besar (cincang dadu)
  • 2 biji kentang (cincang dadu)
  • Sos tiram
  • Lada hitam
  • Minyak masak (untuk menumis)
  • Garam secukup rasa
  • *20 keping kulit popia
  • *20 keping roti
CARA PENYEDIAAN
  • Gorengkan kentang sampai lembut (gaulkan bersama serbuk kunyit dan garam jika suka).
  • Goreng atau rebus daging sampai empuk.
  • Tumiskan bawang besar sampai wangi. Kemudian masukkan sos tiram dan lada sulah. Tak ada sukatan sebab saya pun tak tau berapa banyak nak guna. Masukkan lepas tu rasa laa. Sampai dah sedap. Agak-agak laa…
  • Masukkan pula daging yang dah direbus atau digoreng tadi dan kentang yang juga telah digoreng.
  • Tambahkan garam secukup rasa.
  • Angkat inti yang sudah siap dimasak dan sejukkan.
  • Cara melipat roti goreng:
    -letakkan 1 sudu inti ke atas roti
    -lipat 2 roti tersebut
    -balutkan roti tersebut dengan kulit popia dengan kemas
    -gamkan dengan air sejuk

  • Gorengkan dan sedia untuk dimakan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN