roti pisang rangup

Ada pisang banyak di rumah tapi tak tahu nak buat apa? Jangan sampai pisang jadi lebam dan hitam, nanti membazir pula bila terpaksa dibuang. Jadi apa kata jom buat roti pisang rangup sedap yang amat ini.

Sesuai dimakan untuk sarapan pagi, simple tapi sedap. Cara penyediaannya juga sangat ringkas. Jom kita sama-sama lihat cara lengkap untuk membuatnya roti pisang rangup ini di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Sedapnya Pisang Goreng Rangup & Berserdak, Peniaga Ini Dedah Rahsia Bancuhannya

Cara Buat Roti Pisang Rangup

Bahan-bahan:

  • Roti gardenia
  • Pisang masak
  • Marjerin
  • Kuning telur
  • Gula perang (boleh ganti gula putih, tapi jangan guna banyak)
  • Cheddar cheese (jika ada)

Cara-cara:

1. Sapu marjerin pada roti sehingga rata. Kemudian susun pisang yang sudah dibelah dua mengikut kreativiti masing-masing.

2. Seterusnya sapu lagi marjerin pada pisang yang sudah disusun tadi. Sapukan juga kuning telur. Kemudian taburkan cheese atau gula perang ke atas pisang.

3. Sedia untuk dibakar menggunakan air fryer pada suhu 180°c selama 5-7 minit atau mengikut air fryer masing-masing.

4. Sedia untuk menjamu selera. Selamat mencuba!

Kredit: Hamizah Zakaria

Baca juga: Resipi Lepat Pisang Yang Lembut & Sedap, Hanya Guna Sukatan Cawan

Baca juga: Cara Yatie Kitchen Buat Cekodok Pisang Yang Tak Keras & Tak Lembik, Guna Sukatan Cawan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN