Hidangkan bersama Ayam Masak Merah dan Dalca…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Bukhari

Hidangkan bersama Ayam Masak Merah dan Dalca…

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg beras basmati, dicuci bersih dan direndam 30 minit dan toskan
  • 900 ml air
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 cawan sayur campur
  • 3 biji bawang besar, dihiris
  • 10 biji bawang putih, dikisar
  • 2 inci halia, dikisar
  • 1 batang kayu manis
  • 4 kelopak bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 senduk minyak sapi
  • Bawang goreng, untuk hiasan
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak sapi dalam periuk nasi di atas api, masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Kemudian tumis bawang besar yang telah dihiris sehingga naik bau, masukkan pula bawang putih dan halia yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.
  • Tuang air dan juga susu cair serta garam, diikuti dengan beras basmati.
  • Masak sehingga airnya mendidih dan agak kering sedikit. Masukkan sayur campur dan gaul rata. Angkat periuk nasi dan letak di dalam periuk nasi dan tekan ‘cook’. Taburkan atas nasi dengan bawang goreng. Tutup dan biarkan sehingga nasi tanak. Bila sudah tanak tabur bawang goreng dan hidangkan.
  • Nota: Diana lebih suka gunakan periuk nasi untuk memasak, jadi belah bawah periuk tidak hangus kerana periuk nasi jenis tidak lekat kebanyakannya. Gunakan senduk kayu bila memasak untuk elak periuk bergaris. Jangan terlalu kacau beras sewaktu ia nak masak, cukup sekadar semua bahan serata. Ini untuk mendapatkan nasi yang tidak patah-patah.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN