Dihidangkan bersama Nasi Bukhari dan Ayam Masak Merah.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Dalca Sayur

Dihidangkan bersama Nasi Bukhari dan Ayam Masak Merah.

BAHAN-BAHAN

  • 300 gm daging rusuk
  • 2 batang lobak merah
  • 1 batang terung panjang
  • 3 biji ubi kentang
  • 2 biji tomato
  • 100 gm kacang buncis
  • 2 cawan kacang dal
  • 8 sudu besar bumbung rempah kari daging
  • 1 biji kelapa (dijadikan 4 cawan santan)
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • Air asam secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Minyak untuk menumis
  • ### Bahan untuk dikisar ###
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan daging rusuk dan masukkan ke dalam periuk dan diisi air cukup menutupi daging.
  • Rebus daging rusuk dan kacang dal sehinga keduanya masak dan empuk.
  • Sayur-sayuran dipotong mengikut selera anda.
  • Masukkan kentang dan lobak dan dimasak sehingga empuk. Bila kentang dan lobak telah empuk masukkan pula terung dan kacang panjang.
  • Tumis darat: Panaskan minyak dalam kuali yang berasingan. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan diikut dengan bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan rempah kari daging, gaul rata. Masukkan asam dan garam. Tumis sehingga ia masak dan masukkan ke dalam periuk rebusan daging dan sayur-sayuran. Kacau hingga sebati.
  • Masukkan santan dan masak sehingga mendidih dan rasakan garamnya. Akhir sekali masukkan tomato. Padamkan api dan sedia untuk dihidang.
  • Nota: Sewaktu anda merebus daging rusuk dan kacang dal, jika air telah surut boleh ditambah dan masak sehingga daging empuk. Boleh juga anda gantikan daging rusuk kepada daging.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN