Mak suka masak ini masa di kampung. Sekarang saya pun selalu buat.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Masak Asam

Mak suka masak ini masa di kampung. Sekarang saya pun selalu buat.

BAHAN-BAHAN

  • 2 ekor ikan kerisi atau ikan merah (bersihkan, lumur kunyit dan goreng)
  • *1 biji bawang besar hiris bulat
  • *2 ulas bawang putih dihiris
  • *3 biji cili padi belah 2
  • *1 cili merah dihiris
  • *1 sudu teh halba dan daun kari
  • Garam, gula dan sedikit kiub ikan bilis jika suka
  • 1 cawan air asam jawa
CARA PENYEDIAAN
  • Gunakan 2 atau 3 sudu besar minyak dari goreng ikan tadi untuk menumis bahan bertanda * hingga naik bau dan bawang layu sikit.
  • Masukkan air asam jawa. Kacau rata dan tunggu mendidih. Biar pekat.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa. Boleh letak sedikit kiub juga masa ni. Kemudian bolehlah dimasukkan ikan tadi.
  • Sedia untuk dihidang. Sedap dimakan dengan nasi panas.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN