Resipi mudah.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Siakap Kirana

Resipi mudah.

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ikan siakap
  • 5 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit kunyit
  • 1 batang lobak merah (dipotong bunga)
  • 1 cm halia dimayang
  • 2 ulas bawang merah ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat
  • 8 sudu besar sos cili
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar cili kisar
  • Garam, gula dan MSG secukup rasa
  • Minyak
  • Air
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan ikan. Lumurkan ikan dengan tepung jagung, garam dan kunyit. Goreng ikan dalam minyak yang banyak sehingga garing. Angkat dan toskan. Letakkan di dalam pinggan hidang.
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau. Masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato dan sos tiram. Biarkan seketika. Jika pekat boleh ditambah sedikit air.
  • Masukkan lobak merah dan bawang besar dalam sos yang dimasak tadi. Tambahkan garam, gula dan MSG. Biarkan ianya sedikit pekat dan masak. Bolehlah dicurahkan ke atas ikan siakap yang telah digoreng tadi.
  • Sedia untuk dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN