Roti dengan inti kacang dan kismis.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Peanut Butter Raisin Stick

Roti dengan inti kacang dan kismis.

BAHAN-BAHAN

  • 120ml susu segar
  • 1 biji telur (50g)
  • 300g tepung roti
  • 3 sudu besar gula
  • 2/3 sudu kecil garam
  • 60g mentega
  • 1 sudu kecil yis kering
  • Inti:
  • – Kismis secukupnya
  • – Mentega kacang secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan semua bahan-bahan ikut susunan dari atas ke bawah, kecuali inti ke dalam mesin pembuat roti. Pilih menu untuk buat doh dan ‘ON’kan.
  • Keluarkan doh dari mesin, tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 14 biji. Kemudian rehatkan selama 10-15 minit.
  • Ambil sebiji doh. Canaikan memanjang. Kemudian sapukan dengan mentega kacang dan taburkan kismis. Lepas tu gulung rapat-rapat.
  • Bahagian sambungan tu biar letak di bahagian bawah. Kemudian gunting bahagian atas. Awas jangan sampai terputus. Ulang sampai habis.
  • Kemudian rehatkan roti selama 30-40 minit.
  • Sapukan permukaan roti dengan susu segar. Bakar selama 10-15 minit dengan suhu 180C.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN