Resipi emak saya, telefon pagi tadi terus buat. Teringin nak makan sangat. Ini saya kongsi untuk semua. Minggu ni minggu cucur lah.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cucur Badak

Resipi emak saya, telefon pagi tadi terus buat. Teringin nak makan sangat. Ini saya kongsi untuk semua. Minggu ni minggu cucur lah.

BAHAN-BAHAN

  • Kulit:
  • 2 biji keledek saiz besar
  • 1 cawan tepung gandum
  • Garam
  • Inti:
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 1 cawan udang kering
  • 2 biji bawang besar
  • 5 batang serai
  • 1 sudu kecil kunyit serbuk
  • 5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing-masing)
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Garam dan gula
CARA PENYEDIAAN
  • Inti: Kisar cili kering + serai + udang kering dan bawang dengan sedikit air. Setelah halus masukkan kelapa parut, kisar sekali. Kisar sekejap je. Setelah itu masukkan semua ke dalam kuali. Masukkan juga kunyit + minyak + garam + gula dan serbuk perasa. Kacau sehingga inti tu masak, ia akan kelihatan kering sedikit.
  • Kulit: Rebus keledek dengan air dan sedikit garam sehingga lembut. Setelah masak , buang air tinggalkan sedikit dan campurkan dengan tepung. Buat masa panas-panas, senang nak lenyek. Jika adunan lembik lagi tambahkan sedikit demi sedikit tepung. Jangan terlalu banyak nanti tak sedap.
  • Selepas itu buat doh kecil-kecil . Ambil satu buat melengung. Tip: Semasa hendak membuat doh ni guna sedikit minyak masak di tangan agar tepung tak melekat, kerja pun cepat dan senang.
  • Letakkan inti dan tutup kembali.
  • Goreng dengan api yang sederhana. Siap untuk disantap.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN