Idea timbul selepas tempoyak dah habis. Nak cari tempoyak di Jerman memang la tak jumpa kan? Alih-alih masak kari je la dengan bahan yang ada.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kari Ikan Patin Perantau
Idea timbul selepas tempoyak dah habis. Nak cari tempoyak di Jerman memang la tak jumpa kan? Alih-alih masak kari je la dengan bahan yang ada.
BAHAN-BAHAN
- 2 keping ikan patin
- 1 cawan santan pekat
- 1 camca besar rempah kari ikan
- 1/4 cawan air asam jawa pekat
- Kunyit
- Bahan Kisar:
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 labu bawang besar
- 4 biji cili kering
- Garam
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan ikan bersama rempah kari, air asam jawa dan bahan kisar ke dalam periuk. Masak dengan api perlahan.
- Apabila air hampir kering, masukkan santan dan perasakan dengan garam. Besarkan api dan masak hingga mendidih.
- Sedia untuk dihidangkan…sesuai dimakan dengan lauk sampingan seperti telur masin dan juga acar mentah.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.