Ciptaan sendiri, senang je buat. Cubalah!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tauhu Lembut Kukus

Ciptaan sendiri, senang je buat. Cubalah!

BAHAN-BAHAN

  • 4 biji tauhu lembut
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
  • Kicap masin @ garam secukup rasa
  • 1/2 cawan air
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • Sedikit minyak masak
  • Daun bawang untuk hiasan
CARA PENYEDIAAN
  • Tauhu dipotong 4 tapi jangan sampai putus. Letakkan dalam loyang @ mangkuk tahan panas.
  • Dalam satu bekas masukkan air, sos tiram, minyak bijan, kicap masin & bancuhan tepung jagung. Gaul sebati dan tuang ke dalam tauhu tadi. Perap selama 1/2 jam.
  • Hiris nipis bawang putih & halia. Goreng dengan sedikit minyak tapi jangan sampai garing.
  • Masukkan bahan goreng dalam tauhu yang telah diperap.
  • Kukus selama 25 minit.
  • Setelah masak tabur daun bawang dan sedia untuk dihidang. Enak dimakan ketika masih panas bersama nasi putih.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN