Kek gulung perisa lemon.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Lemon Roll Cake

Kek gulung perisa lemon.

BAHAN-BAHAN

  • 3 biji telur – asingkan kuning dan putih
  • 70g gula halus
  • 1 biji kulit lemon – parut
  • 55g tepung gandum
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Krim:
  • 100g keju mascarpone atau krim keju
  • 20g gula halus
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 100ml krim segar atau krim putar
CARA PENYEDIAAN
  • Alaskan dulang oven dengan lapik. Asingkan putih dan kuning telur. Naikkan suhu oven ke 180C.
  • Pukul telur putih sehingga berbuih. Masukkan gula sikit demi sedikit sambil dipukul. Lepas tu pukul sehingga kelihatan bertanduk atau bila diterbalikkan mangkuk, telur putih tu tak jatuh.
  • Masukkan pula ke dalam no. 2 tadi, telur kuning sebiji demi sebiji sambil dipukul.
  • Lepas tu masukkan kulit limau, tepung yang telah diayak, jus lemon dan juga minyak masak. Kacau dengan spatula.
  • Tuangkan ke dalam dulang oven. Ratakan adunan. Kemudian bakar selama 12-13 minit.
  • Bila dah siap dibakar, keluarkan dari oven dan sejukkan.
  • Untuk krimnya. Pukul semua bahan-bahan sehingga jadi bentuk krim.
  • Bila kek dah sejuk, letakkan krim dan ratakan di atas kek. Kemudian gulung.
  • Simpan dalam peti sejuk selama 1-2 jam sebelum dipotong.
  • TIP: Kalau nak dapatkan hasil yang cantik, panaskan dulu mata pisau sebelum potong kek.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN