Lagi satu resipi mudah sangat, anak-anak pasti sukakannya. Sedap dimakan ketika panas.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Chocolate Muffins

Lagi satu resipi mudah sangat, anak-anak pasti sukakannya. Sedap dimakan ketika panas.

BAHAN-BAHAN

  • 2 biji telur
  • 1 cawan (200g) gula – kalau tak nak manis boleh kurangkan sikit
  • 1 cawan (130g) tepung serbaguna
  • 6 sudu teh serbuk koko – yang tak manis
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2/3 cawan (160 ml) susu
  • 2/3 cawan (160 g) mentega – dicairkan
  • 4 oz (120 g) cip coklat kurang manis – (jika suka)
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven 180 darjah.
  • Griskan 6 acuan muffin (tin atau kertas).
  • Pukul telur dengan gula (tak payah kembang), kemudian campurkan tepung, serbuk koko, serbuk penaik, esen vanila dan susu.
  • Masukkan mentega yang telah dicairkan.
  • Masukkan cip coklat (jangan gaul terlalu lama, cukup sekadar sebati je, kalau tak nanti cip coklat ini akan mendap ke bawah muffin).
  • Akhir sekali, masukkan ke dalam acuan muffin dan bakar dalam 30 minit – (kalau nak uji sudah masak atau belum, cucukkan lidi dalam muffin – kalau licin tu dah masak lah namanya).

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN