Resepi sendiri.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Sup Udang Mudah
Resepi sendiri.
BAHAN-BAHAN
- 600 gm udang basah/saiz besar – jangan dibuang kulit
- 1 ikat sayur minyak
- 1 biji telur
- 3 ulas bawang merah – ditumbuk
- 2 ulas bawng putih – ditumbuk
- 2 sudu besar minyak masak
- Air secukupnya
- Halia – ditumbuk
- Lada sulah
- 3-5 biji asam jawa – kalau nak rasa masam lagi boleh ditambah
- Garam dan bahan perasa secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
- Tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
- Masukkan udang basah yang telah dibersihkan – satukan seketika barulah masukan air secukupnya. Biarkan hingga mendidih.
- Bila udang tu dah setengah masak, masukkan sayur minyak, lada sulah, asam jawa, garam dan bahan perasa.
- Selepas 2-3 minit, akhir sekali masukan telur. Biar seketika dalam periuk barulah dikacau supaya telur tadi tidak terlalu hancur.
- Siap untuk dihidang dengan nasi putih atau mi kuning.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.