Hidangan khas untuk wanita, isteri & ibu sahaja; nasi yang berkhasiat dan lazat.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Nasi Ngundi/Mundi
Hidangan khas untuk wanita, isteri & ibu sahaja; nasi yang berkhasiat dan lazat.
BAHAN-BAHAN
- 2 cawan beras
- 3-4 cawan santan ½ biji kelapa (ikut pada jenis beras yang digunakan)
- Bahan-bahan hiris (tebal sedikit):
- 2 ulas bawang merah (kecil)
- 1.5 – 2 inci halia
- Bahan-bahan tumbuk (perlu tapis dahulu sebelum campur dengan beras):
- 5-8 batang pucuk daun ngundi/mundi
- 2-4 batang pucuk inai
- Bahan-bahan tumbuk (kasar sedikit, campur terus dalam beras):
- ½ sudu kecil jintan manis
- ½ sudu kecil jintan putih
- Sedikit lada hitam
- Garam secukupnya
CARA PENYEDIAAN
- Pada yang kurang pasti, ni rupa daun ngundi/mundi, pucuknya yang lembut boleh dibuat ulam.
- Cuci beras bersih dan letak dalam periuk (ni cara masak tanak atas api). Masukkan bahan hiris dan lada hitam ke dalam periuk tu.
- Rendam sekejap jintan manis dan putih dalam air kemudian toskan. Dengan menggunakan lesung batu, tumbuk sedikit jintan ni, kasar je, tak perlu betul-betul halus sangat. Kemudian masukkan ke dalam periuk berisi beras & bahan hiris tadi.
- Kemudian tumbuk pula daun ngundi & daun inai, juga jangan terlalu hancur sangat. Dalam satu bekas lain, campurkan santan, air, dan bahan tumbuk daun ngundi & inai tadi; dan kacau-kacau.
- Kemudian tapiskan campuran santan ini ke dalam periuk beras tadi. Masukkan garam, kacau sedikit beras dan tanakkan hingga masak.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.