Versi Jepun. Boleh guna untuk sushi ataupun bento.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tamago Yaki

Versi Jepun. Boleh guna untuk sushi ataupun bento.

BAHAN-BAHAN

  • 5 biji telur
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk dashi
  • 2 sudu besar air suam
  • 20 gm hijiki (jika suka)
CARA PENYEDIAAN
  • Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Guna penyepit untuk memukul dengan menjarakkan sedikit seperti dalam gambar. Guna kaedah seolah memotong telur lebih kurang 10 kali. Pusingkan mangkuk 90C (bukan sengetkan tau), pukul lagi 10 kali. Ini untuk mendapatkan tamago yaki yang lembut dan gebu.
  • Masukkan serbuk dashi, gula dan garam ke dalam air, kacau supaya larut semua. Masukkan ke dalam telur dan pukul lagi lebih kurang 10 kali supaya sebati. Masukkan hijiki (kalau ada) dan kacau sebati.
  • Panaskan kuali bersegi untuk tamago yaki. Kalau tak ada boleh guna kuali biasa. Cuma tak akan jadi bersegi la nanti.
  • Bila kuali dah cukup panas, sapu minyak dengan tisu. Tuang 1/2 cawan adunan telur.
  • Bila bahagian bawahnya nampak keputihan sedikit, kacau dengan penyepit. Lebih kurang macam dalam gambar tapi jangan buat macam telur hancur.
  • Bila permukaannya nampak pekat sikit, lipat guna penyepit. Jangan biar keras dulu baru lipat, nanti tak melekat pulak.
  • Lipat tiga macam dalam gambar. Masa ni tak cantik pun tak apa.
  • Tolak telur ke hujung.
  • Curah 1/4 cawan lagi ke dalam kuali.
  • Sambil sengetkan kuali, angkat sedikit telur dengan penyepit supaya telur mengalir ke bawah telur. Ulangi proses 6 – sampai habis semua telur.
  • Bila dah habis, tekan sedikit permukaan telur sambil balik-balikkan supaya bentuk dia jadi bersegi cantik. Angkat dan biarkan sebentar di atas lapik sebelum dipotong.
  • Enak dimakan panas atau sejuk. Masuk dalam bento pun sedap.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN