Suai dan padan.. Resipi doh manis dari Noormasari, yang lain dari pelbagai sumber. Salah satu kegemaran roti saya. Roti lembut, dan lapisan atasnya sedap. Garing..saya suka bubuh lapisan atas lebih..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Roti Bun
Suai dan padan.. Resipi doh manis dari Noormasari, yang lain dari pelbagai sumber. Salah satu kegemaran roti saya. Roti lembut, dan lapisan atasnya sedap. Garing..saya suka bubuh lapisan atas lebih..
BAHAN-BAHAN
- *Bahan-bahan doh:*
- 400 g tepung roti & 1 sudu kecil penaik roti
- 2 1/2 sudu kecil yis
- 1 sudu kecil garam
- 50 g marjerin – dicairkan
- 80 g gula
- 1 telur
- 100ml susu segar suam
- 110ml air suam
- *Bahan-bahan lapisan atas:*
- 120g mentega
- 120g gula
- 120g tepung gandum
- 3 telur
- 1 sudu besar sebuk koko
- *Bahan-bahan inti:*
- Mentega + gula secukupnya
CARA PENYEDIAAN
- *Roti* .Seperti roti biasa, masukkan semua bahan roti ke dalam mesin pembuat roti. Seperti gambar, saya masukkan semua bahan basah ke dalam satu bekas, dan kacau sampai sebati. Dan barulah dimasukkan ke dalam bahan kering sambil mesin berpusing.
- *Lapisan atas*. Seperti buat kek. Pukul mentega + gula hingga kembang. Masukkan telur. Akhir sekali tepung. Separuh dicampur dengan koko, separuh lagi biarkan asal. Masukkan adunan ke dalam 2 plastik .
- Bila roti sudah sedia, bolehlah dibahagikan bulat-bulat.
- Bubuh sedikit gula & mentega. Tutup rapat.
- Susun dalam loyang. Bagi sedikit jarak. Biarkan selama 1 jam. (Tutup bekas denga kain lembap).
- Paipkan lapisan atas (yang diisi dalam bekas plastik yang digunting sedikit bucunya). Seperti gambar.
- Bakar hingga masak.
- Nota: kalau lapisan atas tak habis, boleh simpan dalam peti sejuk. Lain kali tak payah buat lapisan atas lagi. Jimat..
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.