Salah satu resipi kombinasi di mana udon Jepun digoreng dan dihidangkan dengan keropok beras. Masakan dengan gabungan timur dan barat. Rasa udon memang saya suka kerana mempunyai rasa yang kenyal-kenyal, juga sedap bila dihidangkan dengan sup dan tempura.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
D’Fusion Udon Goreng
Salah satu resipi kombinasi di mana udon Jepun digoreng dan dihidangkan dengan keropok beras. Masakan dengan gabungan timur dan barat. Rasa udon memang saya suka kerana mempunyai rasa yang kenyal-kenyal, juga sedap bila dihidangkan dengan sup dan tempura.
BAHAN-BAHAN
- 1 paket mi udon Jepun
- 100 gram sawi, dibersihkan
- 60 gram daging, dihiris nipis
- 3 ekor udang
- 2 biji telur
- 3 sudu besar sos tomato
- 4 sudu besar kicap
- ½ cawan air
- Bawang goreng secukupnya
- Garam secukup rasa
- Serbuk perasa jika suka
- Sedikit gula
- Minyak secukupnya
- #Bahan untuk dikisar#
- 1 biji bawang besar
- 1 ulas bawang putih
- 4 tangkai lada kering, rendam dengan air panas
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan goreng telur dipecah-pecahkan setengah masak. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan lagi sedikit minyak dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan sos tomato, kicap, air, garam, gula dan serbuk perasa. Gaul rata.
- Masukkan pula daging. Bila daging telah masak, masukkan udang dan telur. Gaul rata.
- Kemudian masukkan udon. Jika udon belum kembang dan masak boleh tambah sedikit air. Akhir sekali masukkan sawi dan bawang goreng dan gaul sebati.
- Bila sawi telah layu, padamkan api dan hidangkan bersama keropok beras dan jika mahu lada jeruk.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.