Ramai antara saudara-mara D yang memuji akan kesedapan Kuih Bakar yang bonda D buat. Lembut, sedap dan ramai yang telah mencuba resipi berikut. Sekiranya anda menggunakan durian yang manis isinya, boleh kurangkan gula yang digunakan dalam resipi ini agar kuih bakar yang dihasilkan tidak terlalu manis.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuih Bakar Durian Bonda D

Ramai antara saudara-mara D yang memuji akan kesedapan Kuih Bakar yang bonda D buat. Lembut, sedap dan ramai yang telah mencuba resipi berikut. Sekiranya anda menggunakan durian yang manis isinya, boleh kurangkan gula yang digunakan dalam resipi ini agar kuih bakar yang dihasilkan tidak terlalu manis.

BAHAN-BAHAN

  • 1800 ml santan (dari 1 1/2 biji kelapa parut)
  • 6 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 3/4 cawan gula pasir
  • 180 gram isi durian
  • Secubit garam
  • Sedikit pewarna kuning
  • Secukup mentega SCS/ Golden Churn
CARA PENYEDIAAN
  • Dengan menggunakan pengisar, kisar semua bahan-bahan di atas dan tuang ke dalam bekas yang besar. Ini yang paling mudah supaya adunan tidak bergentel. Kemudian gunakan senduk dan kacau adunan tepung supaya sebati.
  • Panaskan acuan kuih bakar/ loyang dalam oven dan bila telah panas keluarkan dan letakkan 1 sudu besar mentega dalam acuan Kuih Bakar dan jika gunakan loyang mentega lebihkan (ini yang buat tepi Kuih Bakar garing dan baunya harum. Jika guna acuan dan keluarkan kuih boleh terus letak mentega pusing-pusing sikit kasi cair (sebab acuan panas) dan boleh tuang adunan tepung.
  • Kemudian bakar pada suhu 200 darjah C selama 45 – 60 minit dan resipi di atas dapat menghasilkan 7 keping kuih bakar pecah 8.
  • Nota: Jika anda menggunakan loyang sila tambahkan 1/4 cawan tepung kepada resipi di atas, jika tidak kuih agak terlalu lembut untuk dipotong. Kalau guna acuan kuih bakar pecah 8 boleh gunakan resipi seperti di atas.

    Jika menggunakan loyang, selepas selesai bakar, hendaklah sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum keluarkannya dari loyang. Kalau guna acuan kuih bakar, selepas bakar boleh terus keluarkan kuih dari acuan.

    Untuk Kuih Bakar tahan lama, masak air sehingga mendidih dan masukkan kelapa parut. Bila menggunakan santan yang telah dimasak, kuih bakar lebih tahan lama, tidak cepat bertali, ini petua dari bonda.

  • Isi durian digantikan untuk menghasilkan Kuih Bakar seperti berikut:-
  • Untuk Kuih Bakar Nangka: Gantikan isi durian dengan 1 ulas isi nangka (besar) atau 2 ulas isi nangka (kecil). Kisar isi nangka bersama adunan tepung dan kacau sebati. Selepas tuang adunan tepung atasnya boleh hias dengan hirisan nangka dan dibakar.
  • Untuk Kuih Bakar Cempedak: Gunakan 3 ulas isi cempedak dan kisar bersama adunan tepung dan kacau sebati. Isi cempedak tidak boleh terlalu banyak nanti bila sudah dibakar, kuih terlalu lembut untuk dikeluarkan dari acuan/ loyang.
  • Untuk Kuih Bakar Pisang: Gunakan 1 biji pisang emas dan kisar bersama adunan tepung dan kacau sebati. Selepas tuang adunan tepung atasnya boleh dihias dengan pisang yang telah dipotong bulat dan dibakar.
  • Untuk Kuih Bakar Keledek: Gunakan 1 batang keledek oren (sederhana besar), kupas kulitnya dan rebus sehingga empuk. Kemudian kisar bersama adunan tepung dan kacau sebati. Sedia untuk dibakar. Ini dia Kuih Bakar Keledek yang telah dibakar.
  • Untuk Kuih Bakar Jagung: Campurkan 3/4 tin jagung krim ke dalam adunan tepung. Jika anda mahu kisar jagung tersebut pun boleh.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN