Resipi ini dari Mami Asmah Laili. Pertama kali saya cuba memang sedap!!! Boleh dihidangkan bersama nasi putih ataupun roti.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Lada Hitam

Resipi ini dari Mami Asmah Laili. Pertama kali saya cuba memang sedap!!! Boleh dihidangkan bersama nasi putih ataupun roti.

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam, buang segala lemak dan kulit, potong 12
  • 2½ sudu makan lada hitam, ditumbuk kasar
  • Garam secukup rasa
  • Bahan di atas digaul rata dan diperap selama ½ jam
  • 4 sudu makan kerisik putih
  • 1 sudu makan lada serbuk
  • 1½ sudu teh serbuk jintan halus
  • 1½ sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh kunyit serbuk
  • 3 biji bawang besar, dihiris halus
  • 3 biji tomato, didadu
  • 1 jari kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga
  • 3 sudu makan pes halia dan pes bawang putih
  • 1 pelepah daun ketumbar, dirampai
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu teh gula
  • 1 cawan minyak kanola
  • Lagi 2 sudu makan lada hitam, ditumbuk kasar
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ayam sehingga ¾ masak. Angkat dan ketepikan.
  • Masukkan pula minyak yang sama, hirisan bawang, kayu manis, cengkih dan pelaga. Tumis sehingga naik aromanya.
  • Masukkan pes halia/bawang putih dan tomato. Masak selama 5 minit. Selepas itu, masukkan lada serbuk, kerisik, serbuk ketumbar, serbuk jintan halus, kunyit dan garam. Tuang ½ cawan air.
  • Masukkan kepingan ayam goreng dan masak selama 5 minit lagi. Taburkan gula, lada hitam, hirisan daun ketumbar dan renehkan selama 5 minit.
  • Enak disajikan dengan sebarang nasi mahu pun roti.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN