Resipi ni dah dicampur dan diolah sendiri.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Rendang Tok

Resipi ni dah dicampur dan diolah sendiri.

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg daging – dipotong sebesar 3 inci atau ikut suka
  • 2 cawan santan pekat – 1 biji kelapa
  • 1/2 cawan kerisik
  • 1/2 biji kelapa untuk kepingan – dihiris nipis (tak pakai pun tak apa)
  • 100gm gula kabung atau 3 sudu besar gula merah
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Garam secukup rasa
  • Bahan kisar:-
  • 2 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar/teh lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu besar/teh jintan putih
  • 1 sudu besar/teh jintan manis
  • 3 biji buah keras
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 25 biji cili kering
  • 5 batang serai
  • 5 cm halia
  • 20 biji bawang kecil
CARA PENYEDIAAN
  • Kelapa kepingan: buang kulit dan hiris kelapa nipis.
  • Gaul daging dengan bahan yang dikisar.
  • Masukkan daing yang telah digaul dengan bahan kisar tadi ke dalam kuali.
  • Tuangkan santan dan masukkan kerisik, kelapa kepingan, kulit kayu manis dan gula kabung dalam kuali.
  • Panaskan kuali di atas dapur dengan api sederhana.
  • Kacau selalu agar tidak melekat. Apabila masakan hampir kering, masukkan garam secukup rasa.
  • Perlahankan api dan kacau hingga kering.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN