resipi blueberry cheese cake

Bila teringin nak buat cheese cake, tiada oven pula kat rumah. Haa, kalau anda ikut resipi blueberry cheese cake ini tak perlu bakar guna oven pun tau!

Lagi satu, tak perlu susah-susah guna mixer kalau nak buat cheese cake ni. Yang penting, cara membuatnya juga sangat mudah dan jimat dari beli.

Lihat saja cara membuatnya yang telah dikongsikan oleh Zulkifli Hashim di bawah.

Resipi Blueberry Cheese Cake Tak Perlu Bakar & Tak Guna Mixer

Bahan-bahan:

  • 13 keping biskut digestive (hancurkan sehingga halus)
  • 1 inci buttercup
  • 200ml whipping cream
  • 250g cream cheese
  • 1 sudu makan essen vanilla
  • 120g gula ising
  • 1/2 biji perahan lemon
  • 4 sudu makan gelatin sayuran
  • Topping blueberry

resipi blueberry cheese cake

Cara-cara:

1. Potong buttercup lebih kurang 1 inci.

2. Cairkan butter atau jika butter sudah lembut, satukan bersama biskut yang sudah dihancur halus. Adun sehingga rata.

3. Tekap pada acuan kek sehingga mampat. Simpan dalam freezer sementara membuat cheesenya.

4. Pukul 200ml whipping cream atau kacau menggunakan alat pemukul selama 5 hingga 7 minit sehingga sedikit berbuih.

5. Campurkan cheese cake dan pukul sehingga halus.

6. Campurkan 1 sudu makan esen vanilla.

7. Masukkan juga 120g gula ising. Jika suka manis, boleh lebihkan 40g.

8. Masukkan juga 1/2 biji perahan lemon.

9. Panaskan 4 sudu makan gelatin sayuran dan masukkan sekali ke dalam adunan.

10. Keluarkan base biskut tadi dan tuangkan adunan cream cheese tadi. Simpan semula dalam freezer selama 30 minit atau sehingga keras.

11. Setelah keras, letakkan topping blueberry dan ratakan. Masukkan semula ke dalam freezer untuk beberapa minit.

resipi blueberry cheese cake

12. Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

resipi blueberry cheese cake

Kredit: Zulkifli Hashim

Baca juga: Resipi Kek Coklat Moist Yang Gebu, Kurang Manis & Tak Muak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN