pati lemon madu

Jom buat pati lemon madu ini. Sangat mudah nak buat! Sesuai dicampur ke dalam teh atau untuk dijadikan teh lemon. Pati lemon madu ini juga boleh meredakan batuk dan mengurangkan paras kolestrol.

Bila nak minum, cuma perlu tambahkan air sebab pati ini sangat pekat. Boleh dimakan bersama buahnya sekali kerana tidak ada rasa pahit sama sekali. Lagi lama simpan, rasa jadi lagi sedap!

Jom lihat cara membuatnya yang merupakan hasil perkongsian oleh Siti Hasnah AR  di bawah. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Cara Membuat Pati Lemon Madu

Bahan-bahan:

  • 6 biji lemon
  • Garam
  • Halia
  • 1 senduk gula perang
  • 300ml madu asli
  • Secubit garam

Cara-cara:

1. Rendam lemon sekejap dengan air garam dalam 10 minit.

2. Kemudian bilas dan basuh bersih. Potong nipis, buang biji.  Tambahkan halia, kalau tak suka tak perlu letak.

3. Masukkan 1 senduk gula perang, 300ml madu asli dan secubit garam. Tak perlu tambah air. Gaul sebati, nanti air jus dari lemon akan keluar.

pati lemon madu

4. Bila dah sebati, masukkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Selepas sehari dah boleh guna.

pati lemon madu

Kredit: Siti Hasnah AR

Baca juga: Cara Buat Air Rebusan Epal Hijau & Serai Untuk Kempiskan Perut & Ringankan Badan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN