resipi cream puff

Jom cuba Resipi Cream Puff yang lembut dan creamy ini. Makan sejuk-sejuk lagi sedap, cair bila masuk dalam mulut.

Anak-anak pun confirm suka, sekejap saja dah habis makan. Sesuai untuk dihidang pada waktu petang. Selamat mencuba.

Resipi Cream Puff Yang Sangat Lembut & Creamy

Bahan kulit puff:

  • 1 cawan air1
  • 1/2 cawan butter
  • 1 sb gula
  • 1/4 sk garam
  • 1 sk vanilla essence
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3-4 biji telur

Cara-cara buat kulit puff:

1. Masukkan air dalam periuk. Letak butter, gula & garam. Kacau sampai gula larut. Kacau dengan api sederhana.

2. Letakkan vanilla essence. Tuang semua tepung gandum sekaligus.

3. Bila adunan dah sebati, akan jadi “doh”. Kalau yang guna periuk non-sticky, nampak texture doh tu tak melekat dekat periuk. Tutup api. Sejukkan kejap dalam 5-10 minit je.

4. Bila adunan dah sejuk, gunakan mixer, masukkan telur sebiji demi sbiji. Jangan letak sekaligus. Letak sebiji demi sebiji. Guna 3 biji telur atau bertadasarkan saiz telur tu.

5. Adunan akan jadi berkilat dan tak terlampau pekat/cair.

6. Masukkan adunan puff dalam piping bag. Sebelum tu pilih  bentuk nozzles yang sesuai. Buat bentuk yang disukai, bergantung nak buat besar atau saiz kecil.

resipi cream puff

7. Bakar pada suhu 160c 30-40 minit (bergantung pada oven masing-masing).

8. Nak tahu menjadi atau tidak, kulit puff akan jadi kosong pada bahagian dalam.

resipi cream puff

Bahan-bahan inti:

  • 1 1/4 cawan fresh milk
  • 2 biji kuning telur
  • 3 sb tepung jagung
  • 1 sb tepung gandum
  • 1/4 cawan gula kastor (kalau nak manis, letak lebih sikit)
  • 1/4 sk garam
  • 1 sk vanilla essence
  • 2 sb unsalted butter
  • 1 cawan non-dairy whipping cream

Cara-cara:

1. Masukkan telur, tepung jagung, tepung gandum, gula kastor, garam dalam 1 bekas. Pukul sampai sebati adunan tu.

2. Panaskan fresh milk (letak dalam periuk laaa), tak perlu sampai menggelegak pun.

3. Tuang susu dalam bekas adunan telur sambil putar.

4. Kalau dah sebati, letak adunan tu dalam periuk, kacau dengan api sederhana. Masukkan vanilla essence, teruskan kacau.

5. Bila adunan dah pekat, tutup api. Masukkan dalam bekas, sejukkan 1-2 jam.

6. Agak-agak dah nak dekat 2 jam tu, bolehlah putar non dairy whipping cream. Putar dengan mixer sampai kembang & gebu.

7. Mix adunan telur & whipping cream, kaup sikit-sikit.  Masukkan filling ke dalam piping bag. Letak dalam peti.

8. Piping ke dalam kulit puff tadi.

resipi cream puff

Kredit: Nuralia Idayu

Baca juga: Resipi Kek Coklat Moist Yang Gebu, Kurang Manis & Tak Muak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN