Masakan ni saya belajar daripada orang gaji kakak. Masakan Bugis katanya.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kapurung
Masakan ni saya belajar daripada orang gaji kakak. Masakan Bugis katanya.
BAHAN-BAHAN
- 1/2 pek sagu putih (orang Sabah panggil ambuyat)
- 1/4 kacang tanah
- 1 ikat sayur kangkung
- 10 batang kacang panjang – dipatah-patahkan (jangan dihiris)
- 3 biji cili padi – boleh tambah lagi kalau nak pedas
- 1500 ml – air
- 1 tin ikan sardin (Ayam Brand)
- Bahan perasa
CARA PENYEDIAAN
- Cara buat bebola sagu:
- Masak sagu dengan air mendidih. Kacau sehingga bancuhan sagu kelihatan pekat/kental. Ambil sesenduk sagu & bulat-bulatkan guna pengepit (‘chopstick’). Rendam seketika bebola dalam semangkuk air suam sementara membuat kuah. Buatlah bebola sagu sehingga habis bancuhan.
- Cara buat kuah:
- Kacang tanah digoreng lepas itu kisar. Kemudian didihkan air dalam periuk.
- Setelah air mendidih, masukkan kacang tanah & ikan sardin yang telah dilumat – biarkan seketika.
- Kemudian masukkan kacang panjang, kangkung, bebola sagu, cili padi dan bahan perasa. Kacau seketika. Biarkan sayur 1/2 masak kemudian matikan api.
- Masakan ni boleh dimakan bersama nasi putih, mee atau dimakan begitu sahaja. Ianya sedap semasa masih panas lagi.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.