Sedap dimakan begitu saja..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Goreng Kerabu

Sedap dimakan begitu saja..

BAHAN-BAHAN

  • 2 piring nasi
  • 2 keratan ikan masin yang digoreng dan dikisar halus
  • Segenggam ikan bilis digoreng dan dikisar halus
  • 6 biji cili api dikisar halus
  • 2 ulas bawang putih dikisar halus
  • 1 biji bawang merah dimayang
  • 5 batang kacang buncis dipotong halus (kacang panjang pun okay)
  • 2 batang serai dipotong halus
  • Sedikit daun selom dipotong halus
  • Sedikit daun pudina dipotong halus
  • Sedikit bunga kantan (kalau ada, saya tak guna sebab takde)
  • Boleh ditambah ulam lain jika ada
  • Sedikit garam dan Ajinomoto
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak masukkan bawang putih dan cili api masak sampai kekuningan kemudian masukkan semua kacang, serai dan ulaman. Kacau sehingga 1-2 minit dan masukkan nasi, kacau sehingga sebati.
  • Akhir sekali, masukkan bawang merah, ikan bilis dan ikan masin dan rasa nasi itu, kalau kurang garam tambahkan sedikit garam dan Ajinomoto.
  • Sedia untuk disantap bersama.
    ** Kalau nak makan dengan sambal belacan pun sedap!

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN