Masakan Barat campur Melayu, masa buat 30 minit je. Boleh dimakan dengan nasi atau roti.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 30min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Daging Beefsteak

Masakan Barat campur Melayu, masa buat 30 minit je. Boleh dimakan dengan nasi atau roti.

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 kilo daging batang pinang
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 susu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 biji telur
  • Serbuk lada putih
  • Sayur campur untuk dimasuk dalam kuah
  • 2 biji kentang potong ikut suka
  • Bawang, minyak
CARA PENYEDIAAN
  • Goreng kentang, angkat.
  • Daging potong nipis kemudian ketuk-ketukkan dengan pisau biar lagi nipis.
  • Dalam mangkuk, campurkan semua sos tadi, telur yang sudah diketuk dan lada putih. Kacau sebati, masukkan daging perapkan sekejap dalam 5 minit.
  • Panaskan sedikit minyak, goreng daging tadi hingga garing kemudian angkat.
  • Tumis bawang, masukkan lebihan bahan perap daging tadi, sayur campur, kentang goreng dan daging goreng tadi. Kacau sekejap, angkat dan hidang. (Kalau nak kuah lebih tambahkan air sedikit jangan lupa letak garam sikit takut tawar). Makan panas-panas sedap.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN