udang masak berempah

Udang merupakan salah satu makanan laut yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Tapi kadangkala tiada idea nak masak apa menggunakan udang kan? Apa kata jom cuba buat udang masak berempah pula.

Cara membuatnya sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Lihat resipi lengkap perkongsian oleh Natasya Qalisya di bawah.

Baca juga: Cara Buat Sup Ikan Gerenti Tak Hanyir, Hirup Panas-Panas Sedapnya!

Cara Buat Udang Masak Berempah

Bahan-bahan:

  • Udang setengah kilo
  • 2 sudu besar rempah kari babas ayam/ikan.
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar Kicap ABC
  • 1 sudu kecik lada hitam
  • Sedikit garam&perencah secukup rasa
  • Daun kari 1@2 pelepah
  • Bawang putih & bawang merah potong
  • Sedikit air kosong
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan, rempah dan sos kecuali udang sampai pecah minyak. Tambah air sedikit demi sedikit.
  2. Bila dah pecah minyak, baru masukkan udang.
  3. Perasakan dengan garam dan serbuk secukup rasa. Masak sampai sedikit kering dan tutup api.
  4. Kalau suka berkuah, boleh tambah lebih air. Selamat mencuba!

udang masak berempah

Kredit: Natasya Qalisya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN