Susu soya buat sendiri, rasa sedap lemak dan enak.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Soya Bean Asli
Susu soya buat sendiri, rasa sedap lemak dan enak.
BAHAN-BAHAN
- 250gm kacang soya
- 1 cawan susu tepung
- 4 sudu besar gula
- 3 sudu besar susu pekat
CARA PENYEDIAAN
- Rendam kacang soya lebih kurang 4-5 jam. Toskan soya, kemudian rebus sehingga 20-30 minit. Toskan lagi. Masukkan soya dan 2 cawan air ke dalam pengisar yang ada pengisar sekali penapis. Kisar hingga soya habis..
- Air hendaklah letak sedikit demi sedikit dalam pengisar agar dapat pati yang asli. Selepas itu masukkan pati soya ke dalam periuk, masak dengan gula + susu tepung yang dicairkan terlebih dahulu dengan sedikit air serta susu pekat. Lebih kurang 10-15 minit angkat… Boleh diminum secara panas dan sejuk.. rasakan keaslian air pati kacang soya.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.