Masakan negara Gajah Putih yang popular kat Tanah Melayu…….

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Seafood Tom Yam

Masakan negara Gajah Putih yang popular kat Tanah Melayu…….

BAHAN-BAHAN

  • 7 – 8 ekor udang besar/udang galah
  • 2 ekor ketam besar, dibersihkan dan potong dua setiap ekor
  • 1 batang lobak merah, dibersihkan dan potong ikut suka
  • 8 biji cendawan butang dalam tin, belah dua
  • Kubis bunga secukupnya, kuantiti bergantung pada masing-masing
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 inci lengkuas, dititik
  • 10 biji cili padi Siam, diketuk
  • 2 biji bawang besar, belah 4 setiap satu
  • 2 batang serai, dititik
  • 2 kiub pati tom yam “Maggi”
  • 1 kiub pati ikan bilis “Maggi”
  • 5 biji limau kasturi, diambil jusnya
  • Sedikit garam dan gula
  • 2 biji tomato, dibelah 4 setiap biji
CARA PENYEDIAAN
  • Didihkan air kurang lebih 1 liter, masukkan semua bahan di atas kecuali, ketam, udang, jus limau dan garam/gula. Biar mereneh kurang lebih 10 minit.
  • Masukkan udang dan ketam. Perasakan dengan sedikit garam dan gula (jika perlu), dan akhir sekali masukkan belahan tomato dan jus limau kasturi. Biarkan mendidih untuk 5 minit. Angkat dan hidangkan…
  • PERHATIAN:- Boleh juga ditambah dengan sotong, daging ikan dan juga sayur-sayur lain seperti putik jagung dan saleri.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN