Masakan tradisi dari alam Melayu.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Udang Masak Lemak

Masakan tradisi dari alam Melayu.

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 kg udang galah, dibersihkan
  • 10 – 15 tangkai kacang panjang, dipotong sepanjang 2 inci
  • 10 biji belimbing buluh, dibelah dua
  • 1 biji kelapa, diparut
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 helai daun kunyit, dikoyak-koyak
  • Kisar Halus:
  • 6 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
  • 1 inci kunyit hidup
  • Belacan sebesar ibu jari
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan udang yang telah dibersihkan ke dalam periuk. Masukkan bahan kisar dan masak atas api perlahan untuk 5 minit. Tujuan untuk mengecutkan udang bersama rempah. Matikan api.
  • Tuang 1 cawan air dan perah untuk mendapatkan pati santan. Tuang lagi 1 1/2 cawan air dan perah untuk mendapatkan santan no.2. Ketepikan.
  • Hidupkan api kembali, masukkan santan no.2 ke dalam periuk berisi udang. Bila mendidih, masukkan belimbing buluh, biarkan mendidih dan tuang santan pekat, masukkan juga kacang panjang dan daun kunyit, biar mendidih dengan api sederhana sambil dikacau selalu supaya tak pecah minyak.
  • Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Boleh dihidang bersama nasi putih, sambal belacan dan ulam-ulaman sebagai bahan sampingan.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN