Menu sarapan yang biasa saya buat, terutama menjamu kawan di pejabat (Kak Umi_e, macam sama pulak ye letak pulut kuning…mungkin cara saya lain sikit – ni sarapan hari Ahad baru ni).

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pulut Rendang

Menu sarapan yang biasa saya buat, terutama menjamu kawan di pejabat (Kak Umi_e, macam sama pulak ye letak pulut kuning…mungkin cara saya lain sikit – ni sarapan hari Ahad baru ni).

BAHAN-BAHAN

  • Untuk pulut kuning (boleh ikut yang ni atau rujuk resipi umi_e):
  • 1 kg beras pulut; 1-2 sudu kecil serbuk kunyit
  • Pati santan (campur air masak sikit untuk jadikan 2 cawan) + 1 sudu kecil garam
  • Untuk rendang ayam (mungkin bahan-bahan sama tapi cara masak tak sama):
  • 1 ekor ayam (potong 12)
  • 7 batang serai (5=hiris bulat nipis; 2=dititik)
  • 5 helai daun kunyit (4=hiris nipis halus; 1=dicarik)
  • 1.5 inci halia (0.5 inci=tumbuk; 1 inci=hiris nipis panjang)
  • 4-5 batang cili kering (tumbuk halus)
  • 2-3 cawan santan pekat (ikut banyak mana kuah yang nak nanti)
  • 2 asam keping
  • 1 inci kunyit hidup (kalau tiada, ganti dengan serbuk kunyit pun boleh tapi, ada kelainan rasa hehe)
  • 3 sudu besar kerisik (boleh kurang atau tambahkan….ikut la nak cair/pekat)
  • Garam & gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Rendam pulut, lebih elok kalau lebih dari 4 jam atau semalaman, dengan air kunyit.
  • Bila dah siap rendam, toskan air. Sediakan pengukus kemudian kukus (masa tuang pulut dalam bekas pengukus, lapikkan dengan pinggan besar kat bawah supaya yang terkeluar dari lubang-lubang tu boleh ambik balik…supaya tak membazir hehe).
  • Kalau 1 kg pulut, siap kukus (dengan api sederhana) dalam masa 50 min begitu, kemudian bukak penutup kukus, ambik sedikit air masak, renjis-renjis ke semua bahagian atas pulut tadi dan tutup balik & biar selama 5 minit lagi.
  • Lepas tu, letak pulut dalam bekas besar, tuang semua pati santan tadi (buat betul-betul lepas keluar dari kukusan, masa panas-panas begitu). Ambik senduk kayu, adun pulut hingga sebati pastu letak dalam bekas kaca kemudian tekan pulut tu. Siap!
  • Rendang Ayam: Sediakan kuali besar (supaya senang nak mengacau)…
  • Letak semua ayam, bahan tumbuk (bawang merah, halia, cili kering, kunyit), bahan hiris (serai & daun kunyit), asam keping dan akhir sekali santan.
  • Letak kuali atas dapur kemudian baru nyalakan api (sederhana). Bila menggelegak, baru masukkan kerisik, serai dititik, daun kunyit yang dicarik, garam & gula secukupnye.
  • Biarkan dalam 5 minit kemudian baru taburkan dengan hirisan bawang merah & halia.
  • Bila ayam dah betul-betul empuk (dalam 5 minit begitu), tutup api & siap! Rendang saya yang dah tinggal separuh sebab dah bagi orang hihi…

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN