dalgona candy

Mesti ramai dah tengok siri TV terbaru ‘Squid Game’ yang sedang tular sekarang ini kan? Ada satu babak dalam siri ini yang menggunakan Dalgona Candy dalam game yang kedua.

Dalgona Candy merupakan sejenis gula-gula yang berasal dariKorea Selatan. Rasanya juga boleh tahan sedap! Cara membuatnya juga amat mudah. Ada yang nak cuba buat tak? Jom lihat cara-caranya di bawah.

Cara Buat Dalgona Candy

Bahan-bahan:

  • 1.5 sudu makan gula
  • Secubit baking soda

Cara-cara:

1. Ambil senduk besar. Masukkan gula dan kacau atas api guna chopstick.

dalgona candy

2. Bila dah mula cair, tutupkan api. Letakkan baking soda dan kacau laju-laju.

3. Kacau sehingga baking soda larut sepenuhnya dan bertukar fluffy serta warna karamel muda.

4. Tuangkan ke atas baking paper menggunakan rubber spatula. Biarkan sejuk seketika selama 15 saat.

dalgona candy

5. Ambil pinggan atau apa-apa yang sesuai untul tekap supaya nipis sikit.

6. Tekap dengan acuan bentuk pilihan masing-masing.

dalgona candy

Sumber: Korea Bapsang

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN