gulai darat daging

Kalau kenduri di Kelantan, wajib masak gulai darat tak kira gulai darat daging atau ayam sebab masakan ini tidak perlu susah-susah nak menumis.

Hanya perlu satukan semua bahan dan renehkan sampai kuahnya pecah minyak dan daging empuk. Oleh kerana itu, gulai darat ataupun gulai kawah ini sentiasa menjadi pilihan setiap kali majlis kenduri.

Seorang pengguna Facebook, Wan Muhammad Hafiz Satar berkongsikan resipi gulai darat tak perlu tumis untuk rujukan ramai. Lihat resipi lengkap di bawah jika ada yang mahu mencuba. Semoga bermanfaat!

Resipi Gulai Darat Daging Tak Perlu Tumis

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging
  • Serbuk rempah gulai darat (kalau tiada, pakai rempah kari pun boleh)
  • 200ml santan (kotak kecil)
  • 1/2 keping gula melaka
  • Asam keping
  • 1 sudu besar kerisik
  • Garam
  • Serbuk perisa (kalau suka)

Bahan-bahan kisar:

  • 4 ulas bawang merah
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 2-3 hiris lengkuas
  • 1 inc kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1/2 sudu ketumbar

Cara-cara:

1. Satukan bahan kisar, rempah gulai darat dan daging. Masak atas dapur sehingga agak-agak daging kecut dan empuk boleh masukan asam keping.

gulai darat daging

2. Setelah daging lembut, masukan santan dan kacau rata. Masak sehingga kuah sedikit terbit minyak.

3. Masukan garam, gula melaka, kerisik dan serbuk perasa kalau suka.

gulai darat daging

4. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. Selamat mencuba!

gulai darat daging

Kredit: Wan Muhammad Hafiz Satar

Baca juga: Rindu Nasi Minyak Kenduri? Jom Buat Sendiri Kat Rumah Ikut Resipi Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN